Tuesday, May 18, 2010

SOLO bersama Ikon


DAHULU, penyanyi ini lebih dikenali sebagai Ezam yang merupakan vokalis kumpulan rock Akar yang popular dengan lagu Biar Betul.

Namun, setelah kumpulan tersebut menyepi dari persada muzik tempatan, kini dia tampil membawa pembaharuan dan mahu dikenali sebagai Solo.

Solo bukan sahaja membawa sesuatu yang baru terhadap penjenamaannya, bahkan turut tampil dengan sebuah album yang berkonsepkan ketuhanan. Tetapi masih lagi menyuntik elemen muzik rock sebagai lambang semangat.

Pembaharuan tersebut tidak terhenti di situ apabila Solo turut memperkenalkan individu yang dijadikan ikon perjuangan muziknya itu pada setiap kali ingin mempromosikan albumnya yang dilancarkan pada 25 Mac lalu.

Ikon yang dimaksudkan ialah Rosli RM. Pengalaman Rosli sepanjang hidupnya mencetuskan ilham kepada komposer-komposer yang bertanggungjawab mencipta kesemua lagu yang terdapat di dalam album Solo yang berjudul Kufur?

Menurut Solo, pengalaman hitam Rosli yang bekerja sebagai 'bodyguard', 'bouncer' dan penarik kereta diterjemahkan dalam bentuk lagu untuk berkongsi bersama pendengar.

"Setiap kali adanya showcase, Rosli akan turut serta untuk berkongsi pengalamannya itu dengan tetamu yang hadir," katanya yang ditemui pada sesi fotografi di studio Utusan baru-baru ini.

Solo menjelaskan, beberapa individu yang tidak mahu dikenali bergabung idea dan tenaga untuk menghasilkan lagu-lagu dalam albumnya.

"Album ini pun dihasilkan untuk berdakwah melalui hiburan dan insya-Allah, hasil jualan akan disumbangkan kepada jalan kebajikan," katanya berbicara mengenai album yang memakan masa setahun untuk dihasilkan itu.

Album yang memuatkan 10 lagu adalah terbitan dan edaran JHA Media. Kesemua lagu yang terdapat di dalamnya cukup padat dengan mesej kerohanian yang mengagungkan kebesaran Allah.

Walau bagaimana pun, album tersebut tidak terdapat di pasaran dan hanya boleh diperoleh melalui skuad bergerak yang dikenali sebagai Reality Mobile Radio (RMR).

"Seramai 320 orang telah dilantik untuk bertindak sebagai RMR di seluruh Semenanjung Malaysia. Insya Allah ada rezeki akan dibawa masuk ke Sabah dan Sarawak," ujar penyanyi yang bersuara besar itu.

Solo menambah, lagu berjudul Selendang Putih, Fakta dan Manusia telah pun kedengaran di corong-corong radio tempatan sementara lagu Rasa Hati dan Rosli akan dihantar ke stesen radio dalam masa terdekat.

Setakat ini, kata Solo, aktiviti mempromosikan album berkenaan sedang giat dilakukan dan sudah pun melangkah ke luar negara seperti London, Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand.

Bagi mereka yang mahu memiliki album Solo boleh hubungi beliau menerusi laman sosial www.facebook.com/solo_rmr.

Monday, May 10, 2010


Sunday, May 2, 2010

ALBUM SOLO



ABOUT US

JHA muzik adalah sebuah label rakaman dan unit dibawah naungan JHA media (1931539-U).

Dengan penumpuan mesej untuk membawa Tuhan kepada manusia. Fokus utama JHA muzik adalah menerbit dan memasarkan album muzik untuk Tuhan (Muzik KeTuhanan).

MISI

Membawa Manusia kepada Tuhan

Membawa Tuhan kepada Manusia

VISI

Membudayakan hidup bertuhan di kalangan umat manusia sejagat menjelang 2012

OBJEKTIF

Memberi kefahaman kepada umat manusia sejagat maksud ‘ Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun

PROGRAM KESEDARAN ( AWARENESS )

Pengeluaran dan pengedaran CD Revolusi Mental Rock ( RMR )

Kufur (Mac 2010)

Syirik (Sept 2010)

Munafik