Saturday, March 27, 2010

Pelancaran Album Solo

Kenyataan Media



Syukur Alhamdulillah, Album SOLO telah selamat dilancarkan dengan penuh sederhana dan meriah. Terima kasih diatas kehadiran semua dari seluruh Tanah Melayu dan Sabah. Tahniah kepada 'Distributor' dan mereka yang telah mendapatkan Album ini. Semuga album ini akan dapat membuka pintu kepada keputihan..

Sebuah Album Yang Bukan Rekaan.

Mengandungi 100% Kebenaran Semata-mata.

Dan Ianya Memang Ada Kena Mengena Dengan Yang Hidup dan Yang Mati

Akhir zaman ini, sedar atau tidak manusia memang telah lupa kepada Tuhan. Berbagai pembuktian dan penyaksian keruntuhan nilai kesempurnaan manusia dapat kita lihat disetiap detik dan ketika di seluruh pelosok dunia dan di Malaysia khasnya. Berita-berita yang kita dengar setiap hari tentang peri laku manusia kini amat diluar jangkaan dengan keganasan, penindasan, ketamakan, kezaliman dan berbagai lagi salahlaku manusia begitu berleluasa!

Tersentuh dengan fenomena ini, barisan karyawan JHA muzik mengambil inisiatif untuk menghasilkan suatu karya berbentuk album muzik dengan misi mengajak manusia bersama-sama kembali kepada Tuhan.

Istilah “Revolusi Mental Rock” dipilih sebagai “tema” bagi menzahirkan anjakan paradigma kepada minda pendengar menerusi penceritaan disetiap lirik yang digarap bersama irama muzik rock yang bertenaga dan bersemangat. Penekanan terhadap Revolusi Mental disini menuntut perubahan pemikiran manusia daripada asyik dengan kemanusiaan dan keduniaan kepada penumpuan dan fokus terhadap Tuhan dan keTuhanan-Nya yang semakin lupus dari ingatan manusia.

Seperkara yang menarik dalam album ini adalah penampilan Ikon sebagai model pembuktian keberhasilan pendekatan revolusi mental tersebut.

Disetiap alunan melodi indah beriringan dengan bait-bait kata yang penuh dengan kebenaran, nukilan penulis lirik Ayah, beliau cuba membawa pendengar untuk menilai semula hubungan antara Tuhan & manusia yang semakin pupus.

Rasanya, belum pernah ada lagi sebuah album rock yang kesemua 100% liriknya tentang Tuhan yang pada kebiasaannya hanya pada album nasyid.

Lontaran vokal pada melodi yang adakalanya keras bersemangat dan adakalanya lembut penuh sayu, dapat dirasakan akan kejujuran dan ketulusan sipenyanyi dalam penyampaian disetiap lagu. Susunan muzik yang cukup asam garamnya menjadikan ianya satu gabungan hasil kerja yang sempurna pada tempatnya.

Bertepatan dengan isu yang dilaungkan dalam album ini, maka “KUFUR?? – Perutusan…..Zaman Untuk Umat Sejagat” adalah amat menepati sebagai tajuk album ini. Album yang mengandungi 10 buah lagu ini diterbitkan dan dipasarkan oleh JHA Media dan insyaAllah akan berada dipasaran pada akhir Mac 2010.

Repertoire

1. Selendang Putih
2. Rosli
3. Kesilapan
4. Fakta
5. Hidup
6. Fikir
7. Rahsia Diri
8. Kau Pujaan
9. Rasa Hati
10. Manusia

Bagi sebarang tempahan album dan maklumat terkini berkenaan album “SOLO – KUFUR?? Perutusan…..Zaman Untuk Umat Sejagat”, JHA muzik boleh dihubungi melalui talian 013-6733117 atau 019-3649076, emel: jhamuzik@gmail.com dan laman sesawang www.facebook.com/Solo Rmr

Kesilapan (promo clip)

FIKIR (promo clip)

FAKTA (promo clip)