Sunday, August 23, 2009

Bulan Ramadhan



SEJARAH RAMADHAN

* Ramadan: ertinya panas terik
* Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
* Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.
* Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
* Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
* Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.
* Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)


Kelebihan Bulan Ramadhan

* Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
* Bulan penuh keberatan
* Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
* Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
* Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
* Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
* Bulan menambah rezeki
* Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
* 10 hari pertama adalah rahmat,
* 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
* 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.

Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan

* Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
* Menempah pakaian untuk Ramadhan
* Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
* Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
* Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
* Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
* Solat berjemaah setiap waktu
* Solat jemaah di masjid/surau
* Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
* Sahur diwaktu akhir
* Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan
tutup sahur dengan air susu
* Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
* Kurangkan tidur
* Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
* Tunaikan Solat Dhuha
* Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
* Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
* Jaga pacaindera
* Elakkan gosok gigi pd waktu petang
* Hadiri majlis ilmu / tazkirah
* Buat baik pada ibubapa
* Isteri hendaklah taat pada suami
* Banyakkan bersedekah
* Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
* Berbuka bersama org tua
* Jemput tetamu berbuka
* Kurangkan berat badan - diet
* Banyakkan i ' tikaf di masjid (lelaki sahaja)
* Baiki hubungan suami isteri & keluarga
* Baiki hubungan jiran
* Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
* Elakkan belanja berlebihan
* Kuatkan kesabaran
* Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
* Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
* Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
* Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
* Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
* Berdoa dengan nada lembut dan merayu
* Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
* Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
* Melazimkan solat pada awal waktu
* Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
* Elakkan banyak berhutang
* Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
* Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

* Kepada Orang Tua yang lemah
* Kerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau,
* ini sudah dikira beramal pada malam Al Qadar




* Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
* Bagi orang yang kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Bersihkan badan / mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran




NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik


Cara Menyambut Idul Fitri
Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu
dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya
Banyakkan bertakbir pada malam raya sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan melaksana ibadat dan menundukkan nafsu di sepanjang Ramadan.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik
bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.

*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....

Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah.

Tuesday, August 4, 2009

MY WALLPAPER

Malam Rahmat


Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada 05 August 2009 (selepas maghrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (isnin)


Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.


Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam


JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA KHAMIS 30 SEPTEMBER INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...

Friday, July 17, 2009

9Jenis Anak Syaitan


1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Panduan Memilih Sahabat






Berpesan al Qomah kepada puteranya, Wahai puteraku, sekiranya kamu merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah kamu memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut: jika kamu ditimpa bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringgankan kesusahanmu itu.



1. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka akan segera mengusahakannya.

2. Jika kamu merangcangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu dengan memberikan pandangannya.

3. Jika bercakap-cakap dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata-katamu.

4. Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka ia akan menutupinya.

5. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

6. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali.

7. Jika temanmu memdapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengigati dan menghargainya malah akan menyebutnya selalu.

8. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu.

9. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.


Berkata Hukama: "Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ianya seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlulah kamu bertanyakan di sana-sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengentahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut dan meniru perlakuan kawannya itu." Berkata Ulama: "Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang kamu pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu pun memanafaatkan ilmunya kepadamu. Kedua ialah orang kamu sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu diterima daripadamu dan diamalkannya. Ketiga ialah orang yang kamu tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan kamu sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, larilah kamu daripadanya. ""

10 PERINGATAN KEPADA MANUSIA




1.Wahai anak Adam,berjalanlah di atas perutku tetapi ingatlah kau akan masuk ke dalam perutku kelak.

2.Kau melakukan kejahatan maksiat di atas belakangku tetapi ingat kau akan di azab di dalam perutku.

3.Engkau ketawa di atas perutku tetapi ingatlah kau akan menangis di dalam perutku.

4.Engkau bergembira/berseron ok di atas belakangku tetapi ingat kau akan kecewa sedih di dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku tetapi ingat kau akan menyesal dalam perutku.

6.Engkau makan yang haram di atas belakangku tetapi ingat engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perut-

ku.

7.Engkau angkuh sombong di atas belakangku tetapi ingat engkau akan dihina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dengan megah di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku

dalam keadaan dukacita.

9.Engkau Hidup bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku tetapi ingat engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup beramai-ramai di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan berseorangan diri di

dalam perutku.

MIMPI SEORANG GADIS


Assalamualaikum.Wbt.

MIMPI SEORANG GADIS Untuk Renungan Bersama..... .Bismillahirrahm anirrahim Wbrth!!!



Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..... ......SEBARKANLA H.......

WASSALAM!!!. .......

Thursday, July 16, 2009

Islamists 'share French hostages'








An al-Shabab fighter in Mogadishu, file image
Somalia's Islamists are accused of links to al-Qaeda

Two French security advisers seized in Somalia this week have been split up and are now being held by two different hard-line groups, reports say.

The pair were snatched by gunmen from a Mogadishu hotel on Tuesday and were being held by the Hizbul-Islam group.

But officials say the al-Shabab group wanted them and after a row, Hizbul-Islam handed one of the men over.

Al-Shabab has recently carried out several beheadings, amputations and stonings in the areas it controls.

They are allied with Hizbul-Islam against the UN-backed interim government and together control much of southern Somalia.

Both groups are said to have links to al-Qaeda and have been reinforced by foreign fighters.

'Bear responsibility'

The BBC's Somali Service editor Yusuf Garaad Omar says al-Shabab is known for being the more radical of the two groups.

He says the hostage held by al-Shabab fighters is likely to face greater problems because they care little for their public image and have carried out killings on camera.


map showing areas under Islamist control

Meeting al-Shabab
Somali justice, Islamist-style

A group of gunmen dressed in military uniform seized the men on Tuesday morning and handed them over to Hizbul-Islam.

The move apparently sparked a row with al-Shabab, which managed to persuade the other group to hand over one of the hostages.

An unnamed al-Shabab militant told Reuters the two men had been shared "to avoid clashes between Islamists".

Somali Foreign Minister Mohamed Abdullahi Omar urged the rebel groups not to politicise the situation.

"So far, it remains a monetary issue, not a political one," he told AFP news agency.

Somali Prime Minister Omar Abdirashid Ali Sharmarke, meanwhile, warned Hizbul-Islam they would "bear responsibility for any harmful action taken against the hostages".

The French advisers were reportedly helping to train the forces of government, which has recently appealed for foreign help to tackle the Islamists.

The US last month confirmed that it has sent weapons to the government, which is also being protected by some 4,000 African Union troops in Mogadishu.

Somalia has not had a functioning national government since 1991.

Moderate Islamist Sheikh Sharif Sheikh Ahmed was sworn in as president in January after UN-brokered peace talks.

He promised to introduce Sharia law but the hardliners accuse him of being a western stooge

Wednesday, July 15, 2009

Angah Aquarium

Game

MAWAR MERAH DI LANGIT




AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI
DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK
DILANGIT YG PECAH... DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN
LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN
ISLAM..........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;

"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH
LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***

AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT
BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA
KEDUNIAAN...................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN
AKHIRAT................... DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....

Wassalam...

Pokok dalam perut



IZHEVSK,
Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur
28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan,
doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.

"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian
paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut. - Agensi

Tuesday, July 14, 2009

Watch out this video

Adik dan Kakak


Assalamualaikum. Selamat datang ke Angah Filez..